PDC Sungai Petani Bantu Lima Beranak Peluk Islam


ALOR SETAR - Preloved Donation Center (PDC) Sungai Petani tampil memberikan sumbangan  berupa wang tunai, pakaian dan makanan kepada lima beranak yang memeluk Islam dan kini diberikan pelindungan oleh sebuah madrasah.

Md Tahir Saad berkata, pihaknya tampil menyampaikan sumbangan serta sokongan moral kepada keluarga terbabit.

“Kami terkesan untuk bantu selepas membaca kisah keluarga ini melalui Sinar Harian. Jadi hari ini (kelmarin), PDC tampil memberikan bantuan dan sokongan moral sebagai saudara baru dalam agama kita.

“PDC juga akan menghubungi Perkim, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) untuk membantu mereka,” katanya ketika ditemui selepas menziarahi keluarga tersebut, baru-baru ini.

Tambahnya, keluarga itu juga akan dibawa ke pusat PDC di Sungai Petani bagi memilih pakaian.

“Kita akan bawa mereka pilih pakaian lain yang diperlukan di PDC Sungai Petani selepas ini,” katanya yang dipetik Sinar Online.

Sementara itu, ahli PDC, Nurul Insan Ishak berkata, sambutan Maulidur Rasul 1439 Hijrah kali ini dirasakan begitu bermakna dengan kehadiran saudara baru.

“Syukur kepada ALLAH kerana dengan kuasanya bertambah lagi umat Nabi Muhammad yang memeluk Islam,” ujarnya.

Pada 2 Disember lalu, sebuah akhbar melaporkan lima keluarga yang memeluk Islam diberikan pelindungan oleh sebuah madrasah selepas dihalau dari rumah. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com