#PAU2017 - Najib Jawab Pantun Anwar 'Gamatkan' Dewan Merdeka


Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak  dalam ucapan dasar pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO ke 71 di PWTC di sini hari ini turut menjawab pantun sindiran daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Perdana Menteri menziarah bekas ketua pembangkang yang dirawat di hospital baru-baru ini.
.
“Saya me awat  beliau yang sedang sakit di hospital atas sifat kenalan lama. Saya hanya melawat, sebab itu saya bawa isteri bersama.

Tapi,… keikhlasan kami itu, tampaknya diperli dengan pantun pulak,” kata Najib.

Najib kemudian menjawab pantun Anwar:

Burung Merpati Terbang Sekawan,
Hinggap Seekor Di Atas Dahan,
Kita Sahut ‘Lawan Tetap Lawan’,
Di Pilihanraya Bertarunglah Seperti Anak Jantan.

Pantun Anwar selepas menerima lawatan Najib tempoh hari seperti berikut:

“Tuai Padi Antara Masak,
Esok Jangan Layu Layuan,
Ziarah Kami Antara Nampak
Esok Pilihanraya Lawan Tetap Lawan.” -  Kedahnews.com










No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com