#PAU2017: UMNO Pulau Pinang Ajak Gerakan, MCA Gempur DAP Pada PRU14


KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh, Datuk Zaidi Said hari ini mengajak parti Gerakan, MCA dan MIC untuk bersama UMNO " menggempur habis-habisan" DAP bagi merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum ini.

Menurutnya, UMNO bukan sahaja mahu menjaga kepentingan Melayu dan Islam tetapi juga bertindak menjadi benteng kepada parti-parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN).

Beliau yangmenyifatkan MCA, Gerakan dan MIC itu sebagai 'madu' kepada UMNO sedia membantu mereka walaupun UMNO tidak menjadi ketua jika Pulau Pinang dimenangi semula oleh BN.

Parti Gerakan, MCA dan MIC adalah rakan baik kepada UMNO. Mereka tidak harus disisihkan di waktu mereka susah (kalah) kerana jika ada rakan baharu pun belum tentu boleh menjadi rakan kongsi yang, ujar Zaidi.

" Kami mahu Gerakan, MCA bangkit pada PRU kali ini untuk terus bersama UMNO pada PRU ini supaya kerajaan DAP Pulau Pinang ditumbangkan pada kali ini, " kata Zaidi semasa membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung UMNO ke 71 di PWTC di sini hari ini. 

Katanya, sudah tiba masanya BN memerintah semula Pulau Pinang selepas rakyat di pulau itu menderita kerana kegagalan kerajaan DAP mengurusa rakyat negeri itu selama dua  penggal.

Sementara itu Zaidi turut membidas sikap Ketua Menteri Lim Guan Eng yang banyak 'berpura-pura' semasa berlaku banjir besar baru-baru ini bagi mendapatkan simpati kerajaan pusat.

Beliau juga menyifatkan Guan Eng sebagai pemimpin yang tidak boleh boleh ditegur termasuk oleh Adun daripada parti pakatan pembangkang sendiri yang mahu membantu rakyat di kawasan mereka.

DAP telah  menganak tiri orang Melayu dan India di Pulau Pinang, katanya.

Dalam pada itu Zaidi mempersoalkan bentuk tindakan kerajaan terhadap pemimpin DAP yang terus menghina orang Melayu separti mana yang berlaku di Perak baru-baru ini.

Beliau berkata, orang Melayu selama ini amat toleran walaupun cuba dihina oleh DAP, tetapi apakah kerana kebaikan orang Melayu itu mereka diminta berhati-hati agar  tidak menyentuh perasaan kaum lain yang menghina mereka. - Kedahnews.com



No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com