#PAU2017: UMNO Pagoh Makin Kukuh Tanpa Muhyiddin


KUALA LUMPUR - UMNO Pagoh kini semakin kukuh walaupun bekas ketua bahagian itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini mengetuai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berhasrat untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan mahu melenyapkan UMNO pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Wanita UMNO Pagoh, Datok Noriah Mahat berkata, walaupun Pagoh dijadikan menjadi  'penanda aras' tentang kekuatan UMNO Johor, PPBM tidak mendapat sekal ipun Muhyiddin adalah ahli Parlimen Pagoh, bekas timbalan presiden dan bekas Tinbalan Perdana Menteri.

"Walaupun sekali air bah, pasir akan berubah, tetapi 'banjir besar' yang berlaku di Pagoh tahun lalu tidak mengubah tebing dan pasir, " kata Noriah yang mewakili Pergerakan Wanita semasa berbahas menyokong ucapan dasar presiden di Persidangan Agung UMNO di PWTC di sini semalam. 


UMNO Pagoh tidak lumpuh, tetapi bertambah kukuh atas sokongan dan suntikan semangat oleh presiden, timbalan presiden, ketua perhubungan UMNO Johor serta pemimpin lain, kata Noriah lagi.

Orang Pagoh bersyukur dan terhutang budi sokongan Datuk Seri Najib (Razak), Datuk Seri Ahmad Zahid (Hamidi) dan Datuk Seri Khalid Nordin,ujar Noriah lagi.

"Saya juga mempelawa pemimpinUMNO lain agar terus menjenguk Paguh tapan menunggi waktu pemilihan parti sahaja.." kata Noriah yang yakin Parlimen itu dapat dipertahankan oleh BN pada PRU14.

Sementara itu beliau berkata, Wanita UMNO berharap jawatan Naib Presiden UMNO yang disandang oleh Datuk Seri Hishamuddin Hussein tidak ditandingi seperti mana jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan akan datang.

Beliau juga mahu lebih ramai golongan wanita diberi peluang untuk menjadi calon pada PRU14 sejajar dengan peranan golongan itu yang menjadi tulang belakang kepada UMNO. - Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com