#PAU2017: Puteri UMNO Bimbang Masa Depan Rakyat Jika DAP Perintah Negara


KUALA LUMPUR - Puteri UMNO tidak dapat membayangkan masa depan rakyat jika pemerintahan negara ini  diserahkan kepada parti pembangkang  yang diketuai oleh DAP 

Ketua Puteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin memberi contoh pentadbiran negeri DAP yang memerintah Pulau Pinang selama dua penggal.

"Kini bukan sahaja NGO marah dengan Lim Guan tetapi tapi rakyat Pulau Pinang pun sudah marah dengan Setiausaha Agung DAP itu.

"Bahkan kalau pokok dan bukit boleh bercakap, mereka juga akan marah Guan Eng. Kita tidak dapat bayangkan bagaimana jika kita serahkan kuasa keraajaan Pusat kepada tangan orang yang semacam ini," katanya.

Malah Ketua Puteri itu mendakwa,  DAP kini juga dipenuhi pelampau perkauman. 

"Bacalah sahaja kenyataan-kenyataan Nga Kor Ming (pemimpin DAP Perak) yang kini begitu berani menghina bangsa kita," kata Mas Ermieyati ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Puteri sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di PWTC, hari ini.


Mas Ermieyati yang juga Timbalan Menteri Pelancongan berkata, Puteri juga tidak lupa untuk terus berbakti kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang khususnya melalui skuad Peduli sewaktu membantu  Pulau Pinang lumpuh kerana banjir.

" Namun amat malang apabila ada pemimpin pembangkang menuduh kita (Puteri) mementingkan perkauman kerana memberikan tumpuan kepada kawasan yang diabaikan oleh mereka, " katanya  sambil meminta Guan Eng menghentikanh politik yang tidak matang itu.

"Lim Guang Eng agaknya mudah lupa siapa yang dia telefon pukul tiga setengah pagi untuk memohon bantuan dengan penuh tangisan," kata Mas Ermieyati merujuk rayuan Guan Eng kepada Timbalan Perdana Menteri bagi mendapatkan bantuan anggota tentera semasa banjir di negeri itu semakin buruk..

Menurut beliau, kalau pertolongan ikhlas ketika banjir pun mereka disalah tafsir, apa lagi yang rakyat negeri itu hendak harapkan daripada kerajaan DAP.

Sejak merdeka hingga sekarang, sudah banyak yang berubah. Tetapi, satu-satunya yang tidak berubah ialah orientasi politik DAP.

"Dari dulu sampai sekarang, mereka kekal anti-Melayu dan anti-Islam. Tidak usah beretorik panjang-panjang tentang hal ini. Baca sahaja perlembagaan DAP, dengan jelas mereka perjuangkan ialah Malaysian-Malaysia, " katanya. 

Sementara itu beliau turut menempelak kenyataan Menteri Besar Selangor di media sosial yang menyerang dan mempersoal intergriti kerajaan.

" Datuk Seri Azmi Ali bukan main galak menolong anak dara jual nasi lemak di tepi jalan sedangkan  gerai-gerai Melayu yang dirobohkan tidak langsung dihiraukan. 

Ketika beliau ingin menjadi juara dalam kes-kes anti-rasuah dan korupsi, namun bila diminta oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah, terus kecut lesi. Apa cerita kisah anak saudaranya? tanya Mas Ermieyati - Kedahnews.com 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com