#PAU2017: Puteri Pertikai Kerajaan PKR Biarkan Rumah Urut Berleluasa


Puteri UMNO Selangor mempertikaikan sikap sambil lewa kerajaan negeri Selangor yang membiarkan lebih 25,000 rumah urut  tumbuh macam cendawan selepas hujan, termasuk 2,000 buah  daripadanya  dipercayai menawarkan khidmat seks.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Hulu Selangor, Arnida Ajmi, keadaan seperti itu tidak berlaku semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah sebelum tahun 2008. 

" Itu tidak termasuk 23,000 lebih hotelbajet, 9,000 pub di mana sebelum ini hanya 38 buah sahaja, " kata Arnina ketika membahaskan usul politik pada Perhimpunan Agung Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Lebih menyedihkah, kata Arnina pembinaan 40,000 rumah mampu milik untuk rakyat negeri itu terbantut dan hanya mempu dilihat sahaja. 

Perumahan rakyat di negeri yang berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PKR  hanya janji kosong dan pelbagai isu memalukan.

Sehubungan itu beliau mengajak rakyat Selangor untuk berganding bahu dengan UMNO, MCA dan  MIC serta parti komponen BN menolak kerajaan pimipinan pakatan pembangkang pada PRU 14 ini.

Katanya, Puteri UMNO Selangor akan bersama 'tentera BN dalam misi menawan Selangor pada pilihanraya akan datang. 

"Kami akan  bekerja secara maksima dalam misi wajib bagi merampas semula Selangor," katanya.

Menurutnya Pilihan Raya Umum Ke-14 sangat penting bagi mengambil alih pentadbiran negeri dan juga mengekalkan kuasa politik orang Melayu dalam pentadbiran kerajaan.

Sementara itu Ketua Puteri Bagan Datoh, Rohana Tarmizi yang turut mengambil bahagian dalam perhabasan  meminta ahli UMNO mengelakkan percakaran, berkecil hati dan berdendam antara satu sama lain kerana masa semakin suntuk untuk menghadapi PRU14.

Beliau memberi tahun perjuangan Puteri bukan bermusim kerana pergerakan itu kekal komited untuk mendekati golongan muda menyertai dan menyokong UMNO melalui pelbagai projek serta program yang dirancang.

Dalam pada itu, katanya Puteri tidak akanberkecil hati jika tiada pemimpin mereka dipilih sebagai calon, sebaliknya mereka akan terus bekerja memastikan kemenangan BN pada PRU nanti. - Kedahnews.com.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com