#PAU2017: Perhimpunan Agung Parti Terbesar Melayu Sudah Bermula


KUALA LUMPUR – Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sekali lagi menyaksikan perhimpunan agung parti politik bangsa Melayu terbesar nega UMNO membuka tirainya kepada 5,739 anggota perwakilan UMNO yang berkampung di sini.

Perhimpunan Agung UMNO kali ke-71 ini merupakan perhimpunan kali terakhir parti itu sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang dijangka berlangsung kurang dari 4 bulan dari sekarang.

Seperti kelazimannya, hari pertama perhimpunan itu akan menyaksikan anggota perwakilan dari setiap pelosok negara menghadiri majlis taklimat tertutup Presiden UMNO yang mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Taklimat tersebut dijangka menyasksikan Presiden UMNO itu menyampaikan amanatnya termasuk tentang persiapan PRU ke-14.

Selain itu, acara penting pada hari pertama perhimpunan itu turut melibatkan perasmian serentak tiga sayap UMNO iaitu pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri bagi menyuntik kesiagaan dalam menghadapi PRU14.
Laman Media yang menempatkan wakil-wakil media yang membuat liputan sepanjang perhimpunan agung UMNO dan Mini Konvesyen Penerangan UMNO juga turut dirasmikan hari ini.

Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang bermula hari ini akan berlangsung sehingga 9 Disember ini. – Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com