#PAU2017: Najib, Zahid Bakar Semangat Perwakilan UMNO, Siapsiaga Hadapi PRU14


LEBIH 5,000 perwakilan UMNO yang berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC), Kuala Lumpur sejak Selasa lalu kini ternyata lebih bersemangat untuk menghadapi tentangan parti lawan yang dikepalai oleh DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Tanpa menoleh ke belakang lagi, perwakilan seluruh negara lebih kini lebih fokus kepada PRU14 walaupun gendang perang belum lagi dipalu.

Pada petang semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak memberi ingatan dan nasihat kepada seluruh perwakilan pada sesi taklimat tertutup presiden.

Majlis taklimat disifatkan luar biasa kerana sarat dengan peringatan serta nasihat yang cukup bermakna kepada ahli parti dalam usaha mengukuhkan lagi UMNO dan Barisan Nasional (BN) khususnya untuk berdepan Pilihan Raya Umum ini.

Sementara Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid pula membakar semangat kira-kira 3,000 perwakilan pada perasmian sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO malam tadi.
  
"UMNO tidak boleh kalah! BN tidak boleh tewas! Kita tidak akan membiarkan Putrajaya beralih tangan! Putrajaya akan terus menjadi milik kita. Milik UMNO dan Barisan Nasional," kata Ahmad Zahid disambut  dengan laungan hidup UMNO daripada perwakilan.

"Tidak boleh tidak, kita wajib mengekalkan semua kerusi yang kita menangi dan merampas semula kerusi yang telah terlepas kepada parti pembangkang sebelum ini. Kita harus 'retain and regain' semua kerusi yang kita sasarkan." kata Ahmad Zahid.

"Ketahuilah wahai bangsaku satu undi kepada Barisan Nasional bermaksud satu undi kepada pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan yang berwibawa dan bertanggungjawab,” kata Ahmad Zahid 

Bagi Exco Wanita UMNO, Datuk Jamelah A Bakar, Presiden UMNO memberi perhatian tentang  media sosial dan medium alternatif lain yang menyebarkan berita kurang tepat sehingga terdapat yang berunsur fitnah.

"Setiap dakwaan ini perlu dijawab kerana rakyat perlu tahu kebenaran di sebalik tuduhan yang saban hari meracuni minda mereka," katanya.

 Presiden UMNO juga mengingatkan perwakilan UMNO bahawa Pilihan Raya Umum Ke-14  adalah jauh lebih mencabar berbanding PRU sebelum ini.

Dalam erti kata lain, ahli UMNO harus bersedia untuk menangkis segala dakwaan dan tohmahan yang tidak tepat serta tiada kebenaran sama sekali," katanya ditemui selepas majlis Taklimat Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di sini.

Bagi perwakilan Bahagian Bukit Gelugor,  Pulau Pinang, Mariam Ismail,  perjuangan UMNO mempunyai nilai dan keistimewaannya yang tersendiri dalam membantu rakyat dan juga menguruskan negara.

“Saya dah berjuang di dalam UMNO lebih 20 tahun dan kali ini saya sekali lagi turut berpeluang untuk bersama-sama di dalam PAU 2017

Beliau mengajak golongan muda dan juga pendokong yang lain untuk bersama-sama dalam membantu kemenangan parti.

Ketua UMNO Bahagian Kapar, Datuk Faizal Abdullah pula berkata peringatan serta nasihat yang dilontarkan oleh Najib itu memberi nilai tambah kepada usaha dan semangat jentera UMNO Selangor untuk kembali merampas negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

“Malah yang lebih terkesan adalah usaha memperkukuhkan parti di mana resolusi yang kita capai pada Konvesnyen UMNO Selangor dua hari yang lalu nampaknya diiyakan oleh Datuk Seri Najib kali ini.

Faizal menambah peringatan yang dikemukakanPresiden cukup penting kerana ianya akan menentukan hala tuju dan masa depan parti pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO Pekan, Datuk Shahrudin Ahmad melihat taklimat presiden pada kali ini suasananya cukup berbeza dan berlainan dengan amanat-amanat yang sebelum ini.

“Mungkin pada kali ini kita akan berdepan PRU…beliau nampaknya bercakap daripada hati yang ikhlas…apa yang terpendam, apa yang beliau rasa dilontarkan hari ini.

 Beliau perlukan satu pasukan yang kuat untuk bantu UMNO dan BN. Pada saya, nampak kesungguhan serta keprihatinan Presiden dalam memberikan amanatnya kepada perwakilan yang hadir,” katanya.

Ketua UMNO Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahya turut sependapat dengan para perwakilan untuk bersiapsiaga untuk pilihan raya umum akan datang dengan mengketepikan soalan perebutan calon dan pemilihan jawatan dalam parti.

Datin Azura Mohd Afandi, Exco Puteri UMNO pula berpandangan masalah berlaku di mana–mana. Namun apa yang lebih  penting adalah saling memahami yang tentunya akan merungkai segala permasalahan yang timbul.

“Dalam konteks Puteri UMNO insya Allah tidak hadapi masalah besar. Pada saya masalah dalaman UMNO pun tidaklah begitu serius dan begitu dalam Puteri. Masing-masing tahu dan lebih faham mana lebih penting,” katanya - kedahnews.com.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com