#PAU2017: Najib Ulangi UMNO Bukan Parti Anti Cina


Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengulangi bahawa UMNO bukan anti kaum Cina dan bukan  parti yang bersifat rasis atau perkauman.

Menurutnya,  persepsi buruk tersebut hanya disebarkan oleh pembangkang untuk memberikan imej buruk kepada UMNO.

"Inilah yang dinamakan perang persepsi di mana, kita hampir tewas akibat permainannya pembangkang, " kata Najib.

Beliau mempersoalkan, jika UMNO bersifat perkauman bagaimana UMNO boleh menerima, mengepalai parti - parti komponen daripada pelbagai bangsa sejak puluhan tahun dengan penuh berhemah.

Beliau menegaskan demikian pada ucapan dasar semasa merasmikan Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2017) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini. 
   .
Menurut Najib, akibat persepsi buruk itu kaum Cina dan sebahagian juga kaum India turut terseret, terperangkap menjadi mangsa persepsi dan pembohongan pembangkang.

"UMNO sebetulnya is above all (untuk semua),... kerana kita selama ini meraikan kepelbagaian dalam negara dan kita percaya kepada keharmonian untuk hidup rukun bersama, saling bergantung dan lengkap melengkapi," katanya.

Berkatan  soal persepsi, Perdana Menteri memberi contoh pada Pilihan Raya Umum yang lalu di mana pembangkang memainkan pelbagai berita palsu bagi memburukkan imej parti dan kerajaan di mata rakyat .

Mereka membuat cerita bohong 40,000 pengundi hantu 'diimport' dari Bangladesh selain menuduh kononnya dakwat kekal semasa yang digunakan semasa mengundi mudah luntur dan boleh pula dikikis," katanya lagi.

 Malah, kata beliau pada pagi PRU Ke -13 itu, sekitar hampir jam 4 pagi, ada seorang pemimpin pembangkang menyebar maklumat palsu  bahawa pihak mereka telah pun menang pilihan raya.

" Macam mana dia kata dah menang, pilihan raya pun belum bermula lagi pagi itu. Bak kata oghang Perak "nampak benor menipunya", kata Najib. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com