#PAU2017: Mana Lebih Penting Kesejahteraan Rakyat Atau Masa Depan Mukhriz?


KUALA LUMPUR -  Rakyat Kedah kini mahu  melihat kehidupan  masa depan mereka yang lebih baik daripada memikirkan masa depan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz yang sudah pun kaya raya..

Dalam hal ini rakyat lebih yakin dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kuasa pada pilihanraya umum akan datang bagi  menerus dan merencanakan projek pembangunan untuk faedah rakyat daripada memikirkan individu dan parti yang kini berganding bahu dengan DAP bagi  memecahkan undi orang Melayu.

Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menegas rakyat kini memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh daripada kepentingan mana-mana  individu termasuk bekas Perdana Menteri yang mahu kembali berkuasa setelah 22 mentadbir negara.

"Sudah sampai masanya kita menamatkan sanjungan kepada Dr. Mahathir, sebaliknya melihat masa depan generasi muda dan negara yang lebih gemilang," katanya Saiful Hazizy yang mewakili UMNO Kedah dalam perbahasan ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di sini semalam.

Sementara itu, beliau menyatakan mereka yang berada dalam UMNO di luar mungkin  melihat politik Kedah  menghadapi kesukaran untuk berdepan dengan Dr.Mahathir dan Mukhriz.

" Rakyat di luar mungkin tidak nampak apa yang dilakukan oleh Menteri Besar kami (Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah) selepas mengambil alih pentadbiran  negeri hampir dua tahun lalu, tetapi rakyat telah mulai merasai faedah dan perubahan besar jika dibandingkan dengan khidmat bekas Menteri Besar yang lepas.

Apa jasa besar Mukhriz? Asyik selfie di sana sini sahaja..." kata Shaiful Hazizy yang akan membongkarkan lagi segala cerita songsang dan salah laku pemimpin pembangkang.

 Dalam pada beliau meragui kemampuan PPBM untuk berdepan PRU 14, apatah lagi untuk mengambil alih teraju  negeri dan negara kerana parti itu sendiri pun tidak lagi dipercayai oleh ahlinya sendiri,  hingga  struktur parti semakin porak peranda. - Kedahnews.com
 

 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com