#PAU2017: Kebencian Balas Kebencian Kurang Berkesan - Puteri UMNO


ALOR SETAR - Strategi Pakatan Harapan yang memomokkan rakyat dengan politik kebencian dan mencetus rasa marah rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional perlu ditangani dengan sikap kasih sayang yang menjadi penawar ampuh kepada sikap negatif berkenaan.

Ketua Penerangan Puteri UMNO, Haryaty Hamdzah, jentera pilihan raya UMNO perlu menggunakan strategi penyebaran kasih sayang itu kepada pengundi bagi menangkis persepsi negatif yang dilemparkan terhadap parti dan pemimpin.

"Selain menjalankan gerak kerja yang sudah biasa kita amalkan, kita perlu tangani persepsi dan kebencian dengan kasih sayang agar rakyat tahun UMNO dan Barisan Nasional (BN) wadah yang akan dipilih semasa pilihan raya umum (PRU) nanti.

"Pendekatan kasih sayang ini kita mendekati mereka dan beri kefahaman terhadap sesuatu persepsi atau kebencian yang timbul," katanya, memetik laporan BH Online.


Sebaliknya, Haryati menegaskan bahawa pendekatan melakukan serangan balas persepsi dan kebencian yang dilemparkan musuh dilihat kurang berkesan kerana ada pengundi yang keliru dengan suatu isu yang berlaku.

Selain itu, Haryaty turut membariskan strategi pendekatan "convince" (meyakinkan) dan "convert" (menukar) juga perlu dilakukan untuk mengembalikan keyakinan rakyat agar mereka bertukar semula kepada UMNO dan BN.

"Ini pun penting kerana mereka sebenarnya dalam keadaan bercelaru kerana tidak mendapat maklumat atau kefahaman sebenar.

"Mereka menggunakan media sosial untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hati terhadap kita tanpa had. Kita perlu 'convince' dan 'convert' mereka kepada kita semula," ujar beliau.

Beliau berkata demikian pada Konvensyen Penerangan dan Media, Istiqamah Dalam Perjuangan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com