#PAU2017: ''Coklat UMNO'' Inspirasi Anak Kecil Hargai Pemimpin


KUALA LUMPUR - Coklat yang dibaluti wajah pemimpin UMNO merupakan sumber inspirasi buat anak kecil untuk terus menghargai perjuangan mereka, ini yang dikatakan seorang pembeli coklat Ryverra.

Saadiah Salehan yang merupakan Perwakilan Seremban berkata, ini merupakan cenderamata yang boleh diberi kepada cucunya sebagai tanda perjuangan Melayu.

“Coklat yang dibaluti muka pemimpin di Malaysia saya jadikan sebagai hadiah kepada cucu untuk mendidik mereka bahawa pemimpin inilah yang sudah berjuang buat rakyat,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.

Dalam pada itu, wakil syarikat coklat Ryverra, Norsiah Ahiddin berkata mereka melahirkan idea untuk mengetengahkan pemimpin UMNO sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan mereka selama ini.

“Bukan sahaja untuk meraih keuntungan, tetapi kami mahu rakyat Malaysia terus sanjung pemimpin kesayangan kita.

“Setakat ini ramai pembeli yang menghargai cara pemasaran yang kami lakukan. Ia juga seiring dengan Perhimpunan Agung UMNO 2017.

“Kami juga adakan pelbagai promosi buat pengunjung. Antaranya pembeli boleh beli dua kotak percuma satu.” katanya.

Pengunjung boleh mendapatkan coklat Ryverra ini di ruang jualan aras tiga, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com