#PAU2017: BN Kedah Tetap Perangi PPBM Walaupun Ia Sudah Lemah


KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dan UMNO Kedah tiada pilihan kecuali perlu bekerja keras jika mahu mempertahankan negeri itu daripada dirampas semula oleh parti pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana BN akan berdepan dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP dan PAS yang 'mengidam'  untuk kembali memerintah Kedah.

Bagi Ketua Perhubngan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, pemimpin UMNO perlu melupakan dahulu perkara lain (pemilihan parti) serta tidak pertikai siapa calon PRU14, sebaliknya fokus kepada memenangi hati rakyat.

Selain itu, BN Kedah juga perlu berdepan dengan bekas Perdana Menteri  Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk  Seri Mukhriz, bekas Menteri Besar  yang bergabung dengan Pakatan Harapan.

"Kita sudah bersedia untuk menghadapi PRU14 yang akan diumumkan pada  bila-bila masa, " kata Ahmad Bashah, menteri besar Kedah mengulas ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang merasmikan Perhimpunan  Agung UMNO (PAU 2017) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.
.
Menurut Ahmad Bashah, UMNO dan BN akan membuat penambahbaikan di setiap sudut  supaya jentera parti bergerak dengan mantap kerana Presiden UMNO telah memberikan isyarat 'perang habis-habisan'  bagi menghadapi pembangkang dalam PRU14 yang dianggap 'ibu segala pilihanraya.'

Walaupun pengalaman 13 kali berdepan dengan pilihanraya tetapi PRU14 ini adalah  paling mencabar kerana kita juga berdepan dengan bekas pemipin UMNO yang diperalatkan oleh  pembangkang untuk  'menghapuskan' UMNO dan Barisan Nasional.

" Parti harus menentang beliau walaupun beliau berpengalaman selama berpuluh tahun”, kata Ahmad Bashah yang melihat harapan dan hasrat Perdana Menteri untuk menang dengan lebih besar walaupun PRU ini  dijangka cukup sengit.

Pada ucapan dasar presiden senalam, Najib banyak memberi fokus dan penekanan kepada PRU14 berbanding kepada soal-soal lain yang juga penting dalam menghadapi hala tuju negara.

“Jadi sebab itu kita perlu mengupas dan melihat satu persatu apa yang di sebutkan Perdana Menteri dan ianya hendaklah diberi perhatian oleh  ahli UMNO dan parti komponen Barisan Nasional, " katanya.

 Najib yang juga Pengerusi BN bukan sahaja memimpin UMNO dan BNtetapi selaku Perdana Menteri beliau  bertanggungjawab menentukan hala tuju  32 juta rakyat negara ini.

 "Saya mahu menasihatkan rakyat negeri Kedah jangan buat kesilapan dalam memilih kerajaan kerana jika silap membuat pilihan,  DAP yang akan menerajui kerajaan " ujarnya. - Kedahnews.com
.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com