#PAU2017: Ahmad Bashah Cadang Ekspo Negaraku 2017 Di Kedah


KUALA LUMPUR -Kedah bercadang untuk mengadakan Ekspo Negaraku 2017 yang sedang berlansung di sini memandangkan  ia mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan orang ramai dan peringkat umur.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah  berkata, berbagai maklumat dan pengetahuan dapat diperolehi daripada pameran itu.

Ekspo ini  boleh dibuatkan dalam bentuk yang lebih kecil di Kedah,   katanya ketika  ditemui di pameran Ekspo Negaraku 2017, di sini semalam.

Menurut Ahmad Bashah, pameran itu memberikan informasi yang menarik yang secara tidak langsung rakyat tahu apa yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi kesejahteraan dan pembangunan negara.

Ekspo Negaraku 2017 yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan berakhir pada 15 Disember ini dicadangkan  agar dipanjangkan tempoh pamerannya  bagi memberi peluang lebih ramai pengunjung menyaksikannya.

Cadangan itu dibut oleh  beberapa Ketua Bahagian UMNO dari seluruh negara yang dibawa melawat pemeran itu sempena Persidangan Agung UMNO yang berlangsung dari 5 hingga 9 Disember ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri berhubung lanjutan tempoh pameran ekspo berkenaan.

"Sememangnya ia mendapat sambutan sehingga hari ini lebih daripada 300,000 pengunjung telah hadir untuk menyaksikan pameran ini yang berlangsung sejak 15 November lalu.

"Perbincangan itu merangkumi pelbagai aspek antaranya lanjutan tempoh pameran, termasuk diadakan di setiap negeri dan pendekatan bagi membawa lebih ramai pengunjung," katanya.

Expo Negaraku 2017 di Dataran Merdeka bermula 15 November hingga 15 Disember, menempatkan lima kubah utama memperincikan mengenai pembangunan infrastruktur terkini dan akan datang.
Ekspo infrastruktur terbesar itu bakal mempamerkan pembangunan terkini dan perancangan akan datang kerajaan dalam memberi kehidupan sempurna dan sejahtera bagi rakyat Malaysia.

Sementara itu  Ketua Bahagian Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias berkata,  ekspo ini membukti bahawa kerajaan sentiasa menunaikan janji dalam membangunakan negara tidak seperti pembangkang yang memberikan janji kosong.

Menurutnya, rakyat boleh melihat sendiri apa yang dirancangkan oleh kerajaan malah ia bukan saja membabitkan sesuatu kawasan malah merangkumi seluruh negara.

"Kami amat berharap agar tempoh pameran ini dapat dilanjutkan sehingga hujung tahun tambahan pula cuti sekolah, ini dapat memberikan pendedahan kepada golongan pelajar dan remaja," katanya.

 Ketua Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunus berkata, ini merupakan kali pertama beliau hadir di ekspo berkenaan dan ia begitu menarik kerana ia sesuatu yang baru untuk ditonjolkan kepada rakyat.

"Tidak ramai masyarakat di negara ini mengetahui lebih mendalam apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk memajukan rakyat.

"Waktu yang pendek perlu dipanjangkan lagi bagi memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat pelbagai kaum dari luar bandar untuk melihat sendiri apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan demi masa depan negara," katanya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com