#PAU2017: 3,644,295 Ahli UMNO Siap Sedia Untuk " Berperang"


Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) menjadi bukti bahawa UMNO adalah parti yang mempunyai struktur mantap, organisasi tersusun, berperlembagaan dan peraturan serta patuh kepada undang-undang.

Malah kemantapan UMNO membuktikan kepada parti-parti lain termasuklah serpihan UMNO mengenai kaedah melaksanakan mesyuarat agung mengikut perlembagaan parti, yang juga menepati kehendak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata inilah satu-satunya persidangan yang menghimpunkan bangsa Melayu dengan asas dan tujuan sebagai sebuah parti politik, yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu, demi mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara.

“Perhimpunan Agung UMNO 2017 ini bukan sahaja platform kepada anggota parti di akar umbi untuk mendengar amanat dan amanah daripada para pemimpin tetapi persidangan ini juga adalah lambang kebersamaan dalam UMNO yang meliputi semua peringkat, dari cawangan, bahagian, negeri hinggalah ke peringkat Majlis Tertinggi UMNO.

“Perjuangan UMNO terus dihayati dan bersemarak lantaran kekuatan sokongan dari ahli-ahli parti yang tidak pernah putus terhadap kepimpinan semua peringkat," katanya ketika membentangkan laporan semasa perasmian PAU 2017 oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak di PWTC, di sini hari ini. 
.
Menurut Tengku Adnan, biarpun ada pihak luar yang melemparkan tohmahan, membuat tuduhan, menabur fitnah dan cuba memecahkan perpaduan parti namun, syukur Alhamdulillah, kesatuan setiap anggota UMNO telah mendukung kebersamaan dalam meneruskan perjuangan.

Ia bukan sekadar memastikan kesinambungan UMNO terus teguh, tetapi apa yang lebih penting adalah meneruskan penghayatan terhadap asas dan tujuan parti ini ditubuhkan.

Dalam apa juga keadaan, perjuangan UMNO adalah untuk agama, bangsa dan negara, ” kata
Tengku Adnan yang membacakan laporan UMNO sebelum memulakan persidangan.

Beliau memaklumkan bahawa jumlah ahli UMNO telah meningkat kepada 3,644,295 orang dengan bilangan cawangan sebanyak 21,851. 

Dengan jumlah lebih tiga setengah juta ahli, UMNO kini sudah bersedia untuk menyambut seruan 'berperang' bagi mempertahankan Barisan Nasional kekal memerintah selepas Pililhan Raya Umum Ke-14. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com