#PAU 2017: UMNO Tentang Keras Baitulmaqdis Jadi Ibu Negara Israel Bergema Di PWTC


KUALA LUMPUR - UMNO hari ini menolak sekeras-kerasnya cadangan untuk  menjadikan tempat suci dan kiblat pertama umat Islam, Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel 

" Kita menolak sekeras-kerasnya cadangan itu, sampai bila-bila....;, tegas Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak sambil memohon doa kepada Allah SWT agar usaha itu digagal dan dihancurkan.

Ya Allah Ya Tuhan...
Kami berlindung denganMu dan kejahatan musuh kami...
DiKau satukanlah hati-hati kami..
DiKau cerai-beraikan himpunan mereka..
DiKau pisahkan kesatuan mereka..
dan...

Ya Allah...

DiKau goncangkan serta hancurkan perancangan mereka

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar...

Kata Najib: “Sesungguhnya,... UMNO tidak pernah dan tidak akan sesekali berkompromi dengan apa-apa jua hal yang melibatkan penghinaan ke atas kesucian dan tingginya agama Islam serta syiarnya, bukan sahaja di tanah air ini, bahkan di seluruh pelusuk dunia.


“Jadinya, minggu ini apabila kita dikejutkan dengan cadangan Amerika Syarikat untuk mengiktiraf satu daripada tiga tanah suci umat Islam, yakni Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, saya yakin dan percaya, mana mungkin kita sebagai umat Islam dapat menerimanya sampai bila-bila.

Beliau  selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia kemudian mengajak para pimpinan parti, para perwakilan, ahli-ahli yang hadir, di dalam dan di luar serta semua yang ada di mana sahaja  bangun dan menzahirkan pendirian selantang-lantangnya,...agar dunia mendengar gema suara umat Islam Malaysia:

"Bahawa kita menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara israel sampai bila-bila,” kata Najib dengan penuh semangat semasa ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) di PWTC, hari ini.

Seruan beliau itu mendapat sambutan seluruh yang hadir pada perhimpunan tersebut. - Kedahnews.com. 





No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com