#PAU 2017: Lautan Merah Warnai PWTC, Lambang Solidariti Umat Melayu


KUALA LUMPUR - Majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2017 pagi ini bermula dengan upacara memeriksa perbarisan dan menaikkan bendera parti, Sang Saka Bangsa oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Upacara itu diiringi lagu parti "Bersatu, Bersetia, Berkhidmat" oleh kumpuan koir UITM Shah Alam dan Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Sebelum itu, ketibaan Najib disambut  Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, ketua pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO serta ahli Majlis Tertinggi parti.

Najib yang juga Perdana Menteri dijadual menyampaikan ucapan dasar presiden di hadapan 2,718 anggota perwakilan UMNO daripada bahagian yang meliputi  21,831 buah cawangan seluruh negara.



Turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri serta pemimpin parti komponen BN dan wakil parti daripada negara luar termasuk Palestin dan China.

Majlis persidangan dimulakan dengan bacaaan ayat suci bersama terjemaahan dan diikuti bacaan doa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum. .

Sebelum ucapan dasar, laporan keahlian dibentangkan oleh Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang memberitahu kehadirian perwakilan hari ini ialah seramai 2,718 orang.


Sementara itu suasana di sekitar PWTC yang menjadi venue persidangan parti terbesar orang Melayu ibarat lautan merah  di mana anggota perwakilan memakai baju Melayu dan baju kurung berwarna merah, lambang kekuatan dan solidariti parti keramat orang Melayu.

Perhimpunan agung yang berlangsung selama lima hari sejak Selasa dihadiri lebih 5,000 perwakilan termasuk daripada tiga sayap parti serta ahli UMNO, mula memenuhi setiap ruang PWTC bagi sejak 8 pagi  bagi mendengar ucapan presiden.

Sementara itu pihak berkuasa uga telah diletakkan di sekitar kawasan PWTC sejak awal pagi lagi bagi memastikan keselamatan dan arus lalu lintas berjalan lancar

Lebih 75 agensi media dalam dan luar negeri juga dilapor membuat lpiputan PAU ke-71 ini.- kedahnews.com
.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com