Norman Hakim Bakal Jadi ‘Daddy’ Lagi


KUALA LUMPUR - Pelakon Norman Hakim berkongsi berita gembira di laman Instagram miliknya apabila mengesahkan isterinya, Memey Suhaiza hamil anak ketiga semalam.

Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Nurhakim Zaidon, 41, bagaimanapun mendedahkan isterinya itu merahsiakan perkara itu daripada pengetahuannya untuk memberikan kejutan buat dirinya.

“Rupa-rupanya, saya orang terakhir tahu. Mama (Abby Abadi) dan Abah (Faizal Zakaria) serta anak-anak semua sudah tahu awal sebelum ini. Mereka simpan rahsia untuk memberi kejutan. Memang Memey tunggu masa Jumaat (1 Disember) untuk beritahu.

“Tidak tahu nak cakap bagaimana tapi macam boleh rasa ‘pembawakan’ tu sejak dua minggu yang lepas. ‘Rasa’ itu tidak pernah bohong,” tulis pelakon yang cukup dikenali menerusi filem Pasrah itu.

Norman dan Memey mendirikan rumah tangga pada 2011 dan sebelum ini telah dikurniakan anak lelaki yang diberi nama Muhammad Darwisz Hakim, 4, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 2.

Dikagumi netizen kerana masih mempunyai hubungan baik dengan bekas isteri, Abby, keluarga ‘besar’ Norman turut menjadi contoh kepada orang ramai kerana masih erat silaturahim dan sentiasa bertoleransi.

Sumber: Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com