Mengapa Sindrom Down Hampir Tidak Wujud Di Iceland?


PENINGKATAN ujian saringan pranatal di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) menyebabkan jumlah bayi yang lahir bersama sindrom Down merusut, tetapi tiada negara yang mampu bersaing dengan Iceland yang hampir sifar sindrom Down.

Laporan CBS mengatakan, saringan pranatal yang diperkenalkan di Iceland seawal 2000-an dan memberikan pengesahan hampir 100 peratus kepada wanita yang mengandungkan anak dengan sindrom Down telah menggugurkan kandungan mereka.

Walaupun ujian saringan berkenaan adalah satu pilihan dan bukan kewajipan, kerajaan mengingatkan bakal ibu mengenai kewujudan ujian saringan berkenaan, selain keberangkalian melahirkan anak dengan sindrom Down.

Kira-kira 80 peratus hingga 80 peratus wanita hamil di Iceland mengambil ujian saringan pranatal, kata hospital Universiti Landspitali di Reykjavik, Iceland.

Berdasarkan data terbaru, AS mempunyai 67 peratus kes penguguran berkaitan sindrom Down (1995-2011), Perancis pula 77 peratus (2015) dan Denmark pada 98 peratus pada 2015.

Iceland membenarkan pengguguran selepas 16 minggu kehamilan jika terdapat kecacatan pada fetus, dan sindrom Down termasuk dalam kategori tersebut.

Iceland hanya mempunyai populasi sekitar 330,000 dan hanya seorang atau dua individu dilahirkan dengan sindrom Down setiap tahun.

Di AS, 6,000 bayi dilahirkan dengan sindrom Down setiap tahun, menurut agensi Masyarakat Sindrom Down Nasional AS.

Menurut seorang wanita yang melahirkan anak sindrom Down, Thordis Ingadottir mengatakan tiga kelahiran bayi dengan sindrom Down adalah 'pelik' di Iceland.

"Biasanya dua, macam tahun-tahun lepas," kata Ingadottir.

Anak perempuan Ingadottir yang mempunyai sindrom Down, Agusta kini berusia tujuh tahun.

"Saya harap dia (Agusta) akan diterima masyarakat sepenuhnya pada masa hadapan. Itu impian saya. Bukankah ia (penerimaan masyarakat) adalah keperluan asas kehidupan? Anda mahu hidup dalam masyarakat yang bagaimana?" kata Ingadottir.

Sumber: Metro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com