Mayat Wanita Ditemukan Tergantung Pada Kipas Angin


JEMPOL - Mayat seorang wanita ditemukan dalam keadaan lehernya tergantung dengan kain sari pada kipas angin siling di rumahnya di Taman Desa Puteri, Bahau dekat sini, semalam.

Ketua Polis daerah, Superintenden Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, mayat R.Vitiya Nantha Selvei, 55, dijumpai di ruang tamu oleh menantu perempuannya berusia 29 tahun pada pukul 12.30 tengah hari.

“Menantu mangsa segera memotong kain sari dan menurunkan emak mertuanya lalu menghubungi pihak hospital. Pegawai perubatan yang tiba di rumah itu mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Muhd. Nur Hishamuddin berkata, siasatan awal oleh sepasukan anggota polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati tiada unsur-unsur jenayah.

“Keadaan dalam rumah juga tidak berselerak dan tiada kesan umpilan pada pintu dan tingkap,” jelasnya.

Ujarnya, mayat wanita itu dihantar ke Hospital Jempol dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 

Sumber: Utusan

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com