Mayat Pekerja Kilang Dijumpai Tertiarap Dalam Longkang


SEBERANG PERAI - Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam longkang berdekatan Taman Hwa Seng, Jalan Rohzan, Alma di sini tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.20 pagi itu, mayat, Ng Chai Soon, 41, yang merupakan pekerja kilang dijumpai orang awam yang melalui jalan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komosioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, siasatan di tempat kejadian menemui kereta yang dinaiki mangsa dalam keadaan pintu pemandu dan penumpang belakang terbuka.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya bagi mengenal pasti punca kematiannya.

Sumber: Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com