Mas Idayu Nangis ‘Dibelasah’ Juri Di Pentas DAA3?


PENYANYI dangdut, Mas Idayu menjadi bualan hangat dalam netizen selepas tularnya rakaman memarahi seorang peserta bernama Baby Shima di pentas D’Academy Asia 3 (DAA3) baru-baru ini.

Namun kali ini, tular pula sebuah sedutan rakaman video di laman Facebook memaparkan penyanyi lagu Cintaku 100% itu pula ditegur sehingga menangis di pentas berkenaan.

Menerusi video berkenaan, Mas Idayu dilihat teruk ‘dibelasah’ seorang juri yang dilihat tidak berpuas hati dengan kualiti persembahannya menerusi lagu bertajuk Sambalado.

“Mas Idayu! Maju! Dua langkah. Tadi belajar apa?! Tak disiplin ya!,” tegur juri berkenaan dengan nada yang tinggi.

Mas Idayu yang mengenakan busana sarat jemeki berwarna hijau pudina itu dilihat hanya berdiri dan menangis di pentas tersebut sambil diiringi oleh gelak ketawa orang ramai.

Video yang dimuat naik kira-kira dua jam lepas itu secara tidak langsung menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Bagaimanapun, rakaman yang telah menerima lebih daripada 800 tontonan itu sebenarnya hanyalah gimik semata-mata bertujuan untuk memeriahkan lagi program realiti berkenaan. Cis, tipah tertipu! - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com