Lelaki Tekanan Perasaan Ditemui Mati Tegantung Di Sungai Petani


ALOR SETAR - Seorang lelaki ditemui sudah tidak bernyawa dalam keadaan menyayat hati, tergantung pada kipas siling di bilik tidur rumahnya, di Taman Beringin Indah, di Sungai Petani petang semalam.

Mangsa yang berusia 31 tahun itu dipercayai mengalami tekanan perasaan ditemui ibunya yang baru pulang bersama abang sulungnya dari taman permainan berdekatan rumahnya.

Abang mangsa berkata,  adiknya yang baru pulang dari kerja itu hanya kelihatan normal dan tiada sebarang perubahan ditunjukkan sebelum mereka keluar pada jam kira-kira jam 5.30 petang.

"Selepas kami pulang, ibu panggil adik untuk buka pintu tetapi dia tidak buka pintu. Kemudian, kami guna kunci untuk masuk ke bilik dan jumpa dia dalam keadaan tergantung di kipas siling," katanya.

Apa yang difahamkan, mangsa memiliki sifat seorang yang pendiam dan langsung tidak pernah menyuarakan apa-apa masalah di tempat kerja atau peribadi kepada ahli keluarga.

"Semalam, dia sempat membelanja makan selepas dapat gaji. Dia baru sahaja sebulan bekerja di sebuah kilang dekat sini.

"Dia anak bongsu daripada lima beradik yang mempunyai sedikit masalah tekanan perasaan sejak menuntut di IPT pada 2009. Dia juga merupakan OKU dan masih mendapat rawatan susulan di sebuah hospital swasta," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid mengesahkan kejadian itu.

"Polis akan menjalankan siasatan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com