Lelaki Kuala Nerang Maut Terjatuh Pokok Ciku


ALOR SETAR - Seorang lelaki yang terjatuh ketika memanjat pokok ciku di hadapan rumahnya di Kampung Seberang, Padang Sanai, Kuala Nerang, meninggal dunia, semalam .

 Mangsa, Sham Farishah Othman, 31, ditemuI dalam keadaan terlentang di tepi pokok berkenaan oleh sepupunya, Nor Azan Ismail, 42.

Apa yang diberitahu, mangsa yang menghidapi penyakit sawan ditemukan kira-kira 4.30 petang dalam keadaan masih memegang plastik dipercayai untuk mengambil buah ciku.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintenden Noh Idris berkata, sepupu mangsa memaklumkan bahawa mangsa jatuh dari pokok ciku setinggi kira-kira tiga meter.

"Pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mayat dibawa ke Hospital Kuala Nerang untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi media, di sini semalam.

Tambahnya, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com