Lelaki Hampir Maut Besi Cerucuk Tertusuk Leher


SEORANG lelaki di Andhra Pradesh, India terselamat setelah tertusuk batang besi cerucuk di lehernya.

Kejadian berkenaan berlaku ketika mangsa Suresh, 35 tahun, cuba mengelak dari berlanggar dengan sebuah beca lalu tersasar dan jatuh ke kawasan pembinaan.

Besi cerucuk yang selalu digunakan bagi memperluaskan jalan itu tertusuk di belakang lehernya hingga terkeluar ke bahagian mulut.

Suresh bernasib baik apabila beberapa orang awam segera memberikan bantuan dan membawanya ke hospital berdekatan.

Katanya, dia tidak sedarkan dirinya sehingga berada di hospital.

"Selepas kemalangan, saya jatuh tidak sedarkan diri dan tidak tahu bagaimana saya tiba di hospital.

"Saudara-saudara saya memberitahu bahawa beberapa orang Samaria telah membawa saya ke hospital.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana menyelamatkan nyawa saya,” katanya kepada The Sun.

Pembedahan dilakukan pakar bedah dengan kadar segera dan mangsa berjaya diselamatkan.

Dia kini pulih di rumahnya di daerah Godavari di Andhra Pradesh, India.

Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com