Lelaki Ditemui Mati Dengan Tikaman Pada Dada Di Sungai Petani


ALOR SETAR - Seorang lelaki ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa dengan kesan tikaman pada dada di belakang deretan rumah di Taman Arked, Bakar Arang dekat Sungai Petani, petang semalam.

Mangsa turut mengalami luka pada pipi dan tangan kanannya semasa mayatnya ditemui sekitar pukul 3 petang.

Apa yang difahamkan, mangsa yang dipercayai berusia lingkungan 20-an mengerang kesakitan sebelum disedari oleh seorang suri rumah taman itu yang terdengar suaranya dan terkejut apabila melihat mangsa terlentang berlumuran darah di kawasan berkenaan.


Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan bagi mengenalpasti identiti mangsa dan motif kejadian dipercayai kes bunuh itu.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya di sini semalam.


Katanya, pihaknya turut menemukan sebuah kereta jenis Perodua Axia yang dibakar 100 meter dari tempat kejadian yang dipercayai milik mangsa. - Kedahnews.com



No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com