Lebih 500,000 Pengikut IG, Si Cilik 6 Tahun Diiktiraf "Kanak-Kanak Tercantik Dunia"


SEBELUM ini, dunia pernah mengenali Thylane Blondeau, peragawati muda dari Perancis yang dinobatkan pengguna laman sosial sebagai kanak-kanak paling cantik, sewaktu awal kemunculannya kira-kira 10 tahun lalu.

Kini, netizen sudah menemui pengganti Blondeau untuk gelaran tersebut. Si cilik itu ialah Anastasia Knyazeva dari Russia.

Pada usia enam tahun, Knyazeva sudah memiliki lebih 500,000 pengikut di laman sosial Instagram, yang kini diuruskan ibunya, Anna.




Anna kerap memuat naik foto Knyazeva dari pelbagai sesi fotografi, dan gambar-gambar itu akan dibanjiri ratusan, malahan ribuan komen yang memuji kecantikan Knyazeva.

Ia bukan sesuatu yang pelik kerana dengan sepasang mata bundar berwarna biru, Knyazeva, kata netizen, tidak ubah seperti 'anak patung hidup'.

Knyazeva kini diwakili agensi peragaan President Kids Management dan sering dipilih untuk mewakili jenama fesyen terkemuka di Russia, antaranya Amoreco and Kisabiano, selain terpilih menjadi wajah jenama pakaian mewah kanak-kanak, Little Miss Aoki.

Ramai berpendapat Knyazeva tidak lama lagi akan menerima perhatian yang sama seperti Blondeau, kini 16 tahun, yang mula memperaga untuk jenama fesyen terkenal seperti Jean Paul Gaultier dan Dolce & Gabbana, seawal usia enam tahun.

Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com