Lagenda Bollywood Shashi Kapoor Meninggal Dunia


AKTOR Hindi, Shashi Kapoor dilaporkan meninggal dunia petang tadi akibat masalah buah pinggang.

Pengarah Eksekutif Hospital Kokilaben, Mumbai, Dr Ram Narain berkata, Shashi, 79, meninggal dunia kira-kira jam 5.20 petang semalam.

Sementara itu, anak saudaranya Randhir Kapoor berkata, ayah saudaranya itu mengalami masalah buah pinggang sejak beberapa tahun lalu dan telah menjalani dialisis.

Shashi memulakan karier lakonannya sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem arahan bapanya Prithviraj Kapoor pada 1948.

Antara filem lakonannya yang terkenal ialah ‘Deewaar (1974), ‘Kabhi Kabhie’ (1975), 'Satyam Shivam Sundaram' (1978), 'Junoon' (1978), 'Shaan' (1980) dan Namak Halaal' (1982).

Pada 2011, beliau menerima anugerah Padma Bhushan oleh kerajaan India dan pada 2015, menjadi orang ketiga dalam keluarganya menerima Anugerah Dadasaheb Phalke.

Shashi berkahwin dengan pelakon British, Jennifer Kendal

Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com