Kerja Musnah Pokok Sawit Haram Di Kulim Hampir Selesai


ALOR SETAR - Kerja-kerja memusnahkan saki-baki pokok sawit yang ditanam secara haram di kawasan Hutan Simpan Gunung Bongsu kini sudah mencapai 80 peratus selesai.

Pegawai Hutan Daerah Kedah Selatan Mohamad Faisal Nasaruddin berkata sebaik sahaja kerja-kerja memusnahkan pokok sakit selesai, pihaknya akan memulakan penamanan semula dalam tempoh terdekat.

"Kita jangka, fasa pertama proses penanaman semula di kawasan ceroboh seluas 30 hektar itu akan dimulakan pada bulan ini juga.

"Bagi fasa permulaan ini, kira-kira 300-400 pokok bermutu tinggi seperti meranti akan ditanam di kawasan seluas tiga hektar," katanya ketika dihubungi media.


Penanaman semula fasa pertama tersebut bakal dilakukan dengan kerjasama sebuah syarikat melalui program tanggungjawab sosial korporatnya, itu apa yang dijelaskan Mohamad Faisal.

Pada 22 Nov lalu, sebanyak lebih 4,000 daripada 7,500 pokok sawit yang ditanam secara haram di Hutan Simpan Gunung Bongsu dimusnahkan dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu NBOS Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia - Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.


"Pihak kami akan terus melakukan pemusnahan ke atas tanaman di kawasan hutan simpan dan dalam masa sama, melakukan pemantauan yang lebih kerap di kawasan-kawasan yang disyaki diceroboh," katanya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com