Kanak-Kanak Perempuan Tersepit Kepala Di Katil Urut


JOHOR BAHRU – Tindakan seorang kanak-kanak perempuan yang memasukkan kepalanya ke dalam lubang katil urut mengundang padah apabila kepalanya tersangkut hampir setengah jam sebelum dapat dikeluarkan.

Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Mohd Shahlan Amrin berkata kejadian berlaku di kedai spa yang diusahakan ibu mangsa di Kampung Melayu, Kayu Ara, dekat Pontian dekat sini semalam.

Keluarganya memanggil pihak bomba pada kira-kira 4 petang setelah mereka gagal mengeluarkan kepala kanak-kanak berusia dua tahun itu.

“Sebelum kejadian, mangsa dilaporkan bermain dengan adik perempuannya dengan masing-masing memasukkan kepala di dalam lubang tersebut.

“Adiknya dapat mengeluarkan kepalanya, tetapi kepala mangsa tersangkut,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Shahlan berkata bomba terpaksa membesarkan lubang katil berkenaan untuk menyelamatkan kanak-kanak terbabit.

Mangsa, bagaimanapun, tidak mengalami kecederaan, katanya. – Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com