Jumlah Bilangan Pesakit Kusta Dikesan Menurun Di Malaysia


Kementerian Kesihatan (KKM) menyangkal dakwaan kononnya penyakit kusta telah kembali menular akibat kesan penghijrahan warga asing ke negara ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Ser Dr Hilmi Yahaya menjelaskan, stastik menunjukkan penyakit kusta terkawal, malah mengalami penurunan sejak dari tahun 2013.

“Penyakit kusta terkawal di Malaysia dan telah mengalami penurunan.

“Statistik yang mengidap kusta ialah 306 kes pada 2013, 304 kes pada 2014, 210 kes pada 2015, 206 kes pada 2016, 188 kes pada 2017.

“Penurunan juga berlaku pengidap kusta membabitkan warga Malaysia iaitu 227 orang pada 2013 sehingga menjadi 123 kes pada 2016,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad pada sesi pertanyaan lisan, di Dewan Rakyat, Khamis.

Menurut Hilmi, penurunan penghidap kusta juga melibatkan warga asing apabila statistik KKM mencatatkan sebanyak 89 kes pada 2013 menjadi 83 kes pada tahun 2016.

“Pecahan peratus mengikut negara pula ialah, pengidap kusta warga Indonesia sebanyak 68 peratus, Nepal dan Filipina mencatatkan 14 peratus dan Myanmar empat peratus.

“Manakala pendatang asing dari India dan Bangladesh tidak ada kes.

“Jadi ini menunjukkan penurunan kes penyakit kusta di Malaysia dan laporan daripada media sosial itu adalah tidak benar,” jelas Ahli Parlimen Balik Pulau itu.

Sumber: BNBBC

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com