Inasis Grantt UUM Lancar Program Umrah Dan Ziarah


ALOR SETAR - Inapan Siswa (Inasis) Grantt Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Hiddan Travel Sdn Bhd dan Alumni Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Malaysia melancarkan Program Umrah dan Ziarah is timewa bagi warga kampus dan masyarakat setempat.

Pengetuanya Dr Faizal Mohd Hanafiah berkata program itu adalah sebahagian daripada pendedahan awal kepada barisan kepimpinan Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) sebagai persediaan untuk melatih diri mereka dalam konteks komunikasi serta perhubungan.

"Pendedahan awal ini membolehkan barisan kepimpinan JKPS mendapatkan pandangan dan sokongan untuk menganjurkan program sebegini dengan pihak agensi atau badan bukan kerajaan (NGO).

"Selain itu, saya lihat program ini dapat memberi peluang kepada warga kampus UUM dan keluarga serta masyarakat setempat untuk merebut peluang mengerjakan umrah pada harga istimewa yang ditawarkan iaitu serendah RM5,990," katanya.

Sementara itu, wakil Hiddan Travel Mohd Razif Ahmad turut mengalu-alukan penganjuran dan kerjasama daripada universiti lain seperti yang dilakukan oleh Inasis Grantt UUM ini kerana ia secara langsung dapat memberi peluang kepada mahasiswa untuk mempelajari dan menguruskan program seperti ini.

"Langkah Inasis Grantt UUM dan ILKBS ini wajar diberi pujian kerana mahasiswa dan pihak pentadbirannya yang berjaya memimpin mahasiswanya untuk berfikir sesuatu yang baharu dan di luar kotak," katanya.

Mereka yang berminat mengikuti Program Umrah dan Ziarah ini boleh menghubungi talian 0197989039 atau 0174358050 untuk maklumat lanjut. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com