Hayati Pendekatan Khalifah Islam - PM


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah parti yang mengamalkan pendekatan selari dengan apa dilaksanakan Khalifah Islam kedua, Saidina Umar Al-Khattab.

Presiden UMNO berkata, pendekatan yang diamalkan itu adalah politik memujuk dan politik mempersatu seperti dilaksanakan Saidina Umar memenangi hati penduduk Palestin selepas membuka kota itu sekitar tahun ke-16 Hijrah.

"Menariknya untuk kita teladani mengenai pembukaan kota Palestin adalah berkait kepemimpinan, stratagi dan kebijaksanaan Saidina Umar dalam memenangi hati penduduknya.

"Ia secocok dengan dasar UMNO dan BN yang kita pegang kini iaitu pendekatan 'persuasive' dan 'unifier' yakni poliik memujuk dan politik mempersatu," katanya ketika menyampaikan Amanat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Najib berkata, oleh yang demikian orang UMNO dan BN perlu menghayati kejayaan jihad pemimpin terdahulu yang bukan sekadar bergantung kepada doa dan sujud, tetapi diiringi dengan usaha bersungguh-sungguh, bersama strategi yang diatur dengan penuh terancang serta pelaksanaan bersistematik.

"Itulah yang jelas terbukti dilaksanakan UMNO dan BN dalam menakhoda kerajaan selama ini. Pokoknya jihad itu bukanlah bererti hanya melalui peperangan atau mata pedang, sebalknya jihad merangkumi sebarang bentuk aspek mengurus kehidupan dunia dan akhirat," katanya.

Perdana Menteri berkata, perlu diakui selama enam dekad UMNO memimpin BN, UMNO sudah melakukan yang terbaik dalam jihadnya selama ini.

"Buktinya, setakat November lalu, dalam Akujanji Kerajaan BN, melalui 17 inisiatif dan 156 inisiatif strategik, saya selaku Perdana Menteri mengumumkan Akujanji Kerajaan BN telah dan sedang disiapkan sepenuhnya.

"Setakat ini kita berjaya mencapai 97.6 peratus pelaksanaannya," katanya.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com