Hadiah Hari Jadi Buat 'Bayi Disember', Zoo Negara Bagi Tiket Percuma


KUALA LUMPUR - Zoo Negara menawarkan tiket percuma termasuk ke Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) kepada pengunjung yang menyambut hari lahir dari 1 hingga 31 Disember tahun ini.

Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata, tiket kemasukan percuma itu adalah sebahagian daripada promosi selain menggalakkan lebih ramai pengunjung untuk datang ke Zoo Negara semasa cuti persekolahan.

"Jika mereka lahir pada 1 Disember, maka mereka akan diberi tiket percuma sepanjang hari berkenaan termasuk ke GPCC.

"Pengunjung yang layak sahaja  perlu menunjukkan kad pengenalan mereka di kaunter tiket untuk mendapatkan tiket percuma itu," kata Rosly.

Rosly berkata demikian bagi mengesahkan kenyataan tular di media sosial, baru-baru ini mengenai tiket percuma.

Bagi pengunjung yang lain, harga tiket dewasa bagi warganegara Malaysia adalah RM44 seorang dan RM16 bagi kanak-kanak berusia 2 hingga 12 tahun sementara warga emas berumur 60 dan ke atas dikenakan bayaran RM21.

Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com