Gempa Bumi Sederhana Di Wilayah Timor Timur


KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi dengan kekuatan sederhana, iaitu 5.4 pada Skala Richter berlaku di Wilayah Timor Timur, 79 kilometer ke Barat Daya Kupang, Indonesia pada pukul 7.52 malam semalam.

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata dalam satu kenyataan di sini, hari ini gempa itu berlaku 1,562 kilometer Tenggara Sarikei, Sarawak, iaitu lokasi terdekat di Malaysia daripada kawasan gempa.

Gempa bumi itu bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami. - Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com