Facebook Lancar Messenger Kids


MENLO PARK - Facebook lancar aplikasi permesejan khusus buat kanak-kanak -- Messenger Kids.

Aplikasi percuma ini dicipta khas buat kanak-kanak di bawah usia 13 tahun yang tidak boleh mempunyai akaun Facebook mereka sendiri.

Ia sekali gus membolehkan mereka kekal berhubung melalui panggilan video atau teks bersama keluarga dan rakan-rakan.

Berbeza dengan aplikasi Facebook Messenger biasa, Messenger Kids boleh dipautkan bersama akaun ibu bapa untuk memudahkan ibu bapa mengawal apa yang dibualkan anak-anak mereka.

Facebook turut menyertakan sejumlah kesan khas dalam menjadikan panggilan video lebih menarik ketika menggunakan Messenger Kids.

Buat masa ini, Messenger Kids hanya ditawarkan untuk pengguna Amerika Syarikat dan mungkin diperluaskan kepada semua berdasarkan maklum balas ramai mengenainya. 

Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com