Doktor Disuntik, Tidak Dapat Gerakkan Leher Semasa Bedah Pesakit


Baru-baru ini, seorang doktor berasal dari Tiongkok menjadi tular selepas menerima suntikan di leher ketika dalam proses pembedahan pesakit di hospital.

Kejadian itu berlaku selepas doktor yang bernama Li Xin sedang melakukan pembedahan untum menyelamatkan nyawa pesakit di Provinsi Hunan, Tiongkok.

Selepas 4 jam melakukan operasi berkenaan, tiba – tiba sahaja lehernya tidak mampu digerakkan.

Sedangkan operasi pembedahan itu perlu beberapa jam lagi untuk selesai.

Meskipun begitu, dia tidak meninggalkan operasi berkenaan namun, meminta doktor lain untuk meredakan tekanan tersebut.

Sementara doktor Li Xin melakukan operasi pada pesakitnya, doktor lain turut melakukan terapi injeksi anestesi pada lehernya.

Rawatan perubatan tersebut berhasil dan doktor Li Xin mampu melanjutkan operasinya yang berlangsung selama 9 jam.

Akhirnya operasi selesai dan pesakit juga selamat.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen yang sungguh kagum dengan kecekapan dan kegigihan doktor Li Xin.

Kisah tersebut menjadi satu kisah inspirasi buat perjuangan doktor yang bersemangat menjalankan pekerjaan mereka di bilik rawatan operasi.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com