Ditikam Rakan Gara-Gara Enggan Teman Minum Di Sungai Petani


ALOR SETAR – Seorang pekerja kilang warga Vietnam cedera pada bahagian leher kiri selepas diserang rakan senegaranya yang mabuk di sebuah asrama di Taman Perdana, Sungai Petani kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, mangsa yang berumur dalam lingkungan 30-an ditikam dengan senjata tajam dipercayai pisau selepas enggan menemankan suspek minum dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi tersebut.

“Siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama suspek serta 19 pekerja kilang yang lain di asrama dua tingkat tersebut. Mangsa yang terjaga dari tidur pada kira-kira pukul 1 pagi keluar mengangkat baju di ampaian.

“Ketika sampai di ampaian tersebut, suspek datang kepada mangsa dalam keadaan mabuk dan mengajaknya untuk minum bersama. Mangsa menolak ajakan suspek dengan alasan perlu bekerja keesokan hari sebelum ditikam pada leher kiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambah Saifi, mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani oleh rakannya telah menerima tujuh jahitan pada bahagian leher kiri.

“Seorang lelaki warga Vietnam berusia dalam lingkungan 30-an telah ditahan reman selama 14 hari mulai semalam( Selasa) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya seperti dilapor Utusan Online.- Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com