Darah, Pistol Punca Abang Messi Ditahan


ABANG bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, Matias, 35, ditahan polis berikutan penemuan senjata api dan kesan darah pada botnya.

Matias memberitahu pengawal keselamatan kelab memancing berhampiran rumahnya di Buenos Aires, mukanya turut luka selepas botnya melanggar beting pasir.

Menurut Daily Mail, polis mahu menyoal siasat Matias lebih lanjut kerana curiga selepas mendapati darah pada bot berkenaan terlalu banyak dan senapang patah turut ditemui di dalamnya.

Matias kini ditahan di sebuah hospital di Rosario, utara Argentina, sedang dirawat kerana kecederaan patah tulang rahang serta kecederaan lain dalam kejadian yang didakwanya kemalangan bot.

Namun, polis kemudian menemui pistol kaliber 380 dalam botnya yang membawa kepada waran tangkap dikeluarkan terhadap Matias.

Media Argentina menyiarkan gambar bot dinaiki Matias dipenuhi dengan kesan daarah.

Keluarga Matias menafikan ada senjata api dalam botnya dan mendakwa Matias tidak dapat bekerjasama dengan polis sebelum ini, kerana berada di hospital menunggu pembedahan. 

Sumber – Metro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com