Dakwaan Sindiket Seludup Buruh Haram Di KLIA Disiasat


KUALA LUMPUR -Polis sedang menyiasat dakwaan terdapat empat sindiket besar  yang menguruskan penyeludupan buruh haram warga Bangladesh di negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setiap hari.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya sedang menyiasat mengenai sindiket itu yang dikatakan beroperasi di Dhaka, Bangladesh dan ibu negara.
“Ya, masih dalam siasatan pihak kita,” katanya.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan sindiket itu dikatakan mampu mendapat laba RM5.2 juta setahun dengan mengenakan bayaran antara RM15,000 ke RM20,000 seorang termasuk wang ‘pelincir' kepada beberapa pihak berkuasa terutama anggota dan pegawai Jabatan Imigresen serta pihak Kedutaan Malaysia di Dhaka.

Menurut laporan itu, difahamkan terdapat sekurang-kurangnya 38 penerbangan beroperasi dari Dhaka ke KLIA setiap hari. - BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com