Cuba Rogol Sepupu Isteri Dari Kedah Kerana 'Tak Tahan'


ALOR SETAR - Akibat gagal untuk mengawal nafsu yang menggelodak, seorang lelaki tergamak cuba memperkosa sepupu isterinya ketika mangsa berkunjung ke rumah pasangan itu minggu lalu.

Menurut sumber pihak polis, mangsa gadis berusia 22 tahun yang berasal dari Gurun, Kedah itu berkunjung ke rumah suspek di Ampang kerana cuti hujung minggu selain mahu membeli beberapa barangan keperluan di ibu kota.

Namun, kejadian sebaliknya berlaku ketika isteri suspek keluar bekerja, peluang itu dimanfaatkan lelaki berusia lingkungan 30-an yang tidak semena-mena melulu masuk ke bilik mangsa sebelum mencium dan meraba wanita itu.

“Difahamkan suspek yang tidak bekerja sebelum itu pernah menghantar pesanan ringkas kepada mangsa selain mengajak mangsa melakukan hubungan seks.

“Mangsa tidak membalas pesanan ringkas itu menyebabkan suspek terus masuk ke biliknya dan cuba memperkosa mangsa,” katanya.

Akibat terkejut dengan tindakan suspek, mangsa bertindak meronta-ronta sebelum berjaya melarikan diri.

Mangsa kemudiannya terus menghubungi ahli keluarga lantas memaklumkantindakan terkutuk lelaki terbabit. 

Rentetan itu, mangsa yang masih belum mendirikan rumah tangga bertindak membuat laporan di Balai Polis Pandan Perdana di sini, untuk tindakan susulan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias mengesahkan kejadian itu dan memberitahu siasatan sedang dilakukan pihaknya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com