Cerita Mitos Lagenda Di Sebalik Nama Pulau Dayang Bunting, Langkawi


Langkawi dikenali dengan pelbagai mitos dan cerita dongeng yang terdapat di pulau-pulau yang wujud di sekitar Langkawi. Namun tidak dapat dipastikan sama ada ia mitos atau sejarah yang benar. Berdasarkan cerita, terdapat bukti kukuh yang menyokong cerita-cerita tersebut.

Pulau-pulau yang terdapat di Langkawi mempunyai kisah-kisahnya yang tersendiri. 

Selain daripada mempunyai keindahan alam semulajadi, Langkawi juga terkenal dengan pelbagai mitos yang dipercayai wujud sekitar beberapa ratus tahun yang lalu.Pulau Langkawi menjadi tumpuan para pelancong tidak kira dari dalam mahupun luar negara. 

Pulau Dayang Bunting merupakan sebuah pulau yang kedua terbesar selepas Pulau Langkawi.Pulau ini terletak 20 km dari Pulau Langkawi, untuk makluman pembaca setia Kedahnews.com.


Pulau ini berkisarkan mengenai seorang puteri yang bernama Puteri Mambang Sari dan jin yang bernama Mat Teja. Dikatakan Puteri Mambang Sari dan dayang-dayangnya sering pergi bermain-main dan mandi di Pasir Telor Air Tahun. 

Hendak dijadikan cerita jin Mat Teja ternampak dan terjatuh kasih kepada puteri tersebut semasa mereka bersuka-suka di pantai pasir pulau tersebut. Mat Teja selalu mengikuti Mambang Sari bersama dayang-dayangnya secara senyap semasa hendak mandi di Telok Lawak. 


Dalam perjalanan Mat Teja pergi mengikuti Puteri Mambang Sari, beliau dipanggil oleh Tok Diang dan dia diberitahu tentang rahsia untuk memikat Mambang Sari. 

Mat Teja perlu mengambil sebatang buluh dan harus pergi berjalan di pantai laut sewaktu air surut, kemudian beliau harus menadah air mata duyung dengan tabung buluh itu di suatu tempat yang dipanggil Telok Bahar.

Setelah dapat air mata duyung, beliau harus membasuh muka dengannya ketika melihat Pueri Mambang Sari. Petua ini diturutkan oleh Mat Teja dan akhirnya, dia berjaya memikat Puteri Mambang Sari yang jelita itu.

Setelah itu mereka akhirnya berkahwin, tidak berapa lama kemudian Puteri Mambang Sari mengandung dan melahirkan seorang cahaya mata. Namun, anaknya meninggal dunia pada usia tujuh hari akibat penyakit misteri.

Puteri Mambang Sari merasakan bahawa pernikahannya adalah disebabkan oleh tipu helah Mat Teja. Setelah mengebumikan anaknya di dalam pulau ini dan Puteri Mambang Sari pulang ke kayangan dan tidak pernah kembali lagi ke bumi sejak itu.

Sebelum pulang ke kayangan, Puteri Mambang Sari sudah memberikan mantra pada pulau tersebut sebagai penawar untuk pasangan yang belum memiliki keturunan. Daripada kisah inilah, maka difahamkan wujudnya nama Pulau Dayang Bunting. 


Diperkatakan juga beberapa pengunjung yang datang ke pulau itu juga pernah mengalami perkara yang agak aneh di sekitarnya. Apatah lagi kebetulan pula, pulau itu juga kelihatan seperti seorang perempuan yang sedang berbaring dan berbadan dua, pelbagai persepsi menjadi bualan.

Anda dapat melihat situasi ini apabila melihatnya daripada atas dan dari jauh.Jika anda datang ke sini anda juga boleh menikmati panorama indah yang terdapat di pulau ini. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk datang ke Pulau Dayang Bunting. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com