Bilal Tak Mengaku Liwat Remaja Lelaki


KUALA TERENGGANU - Seorang bilal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas pertuduhan meliwat seorang remaja lelaki bawah umur pada 2014.

Tertuduh, Muslin Mamat, 49, dari Batu Rakit, Kuala Nerus, mohon dibicarakan ketika pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa meliwat mangsa yang ketika kejadian berusia 17 tahun di sebuah rumah di Batu Rakit, Kuala Nerus, jam 11.30 malam, pada 9 Ogos 2014.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 28 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Syairah Mohamad Razali, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com