Bekas Menteri Undang-Undang Indonesia Sifatkan Mahathir Alami Sindrom 'Post Power'


Bekas Menteri Undang-Undang (Hukum) dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Hamid Awaluddin menyifatkan tindakan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad menghina keturunan Bugis boleh merosakkan hubungan baik Malaysia - Indonesia.

“Beliau (Dr.Mahathir) selar semua bekas pemimpin sebelum ini. Jika beliau berseteru dengan Najib, janganlah gunakan etnik demi kepentingannya," kata Hamid .

Perbuatan bekas Perdana Menteri itu bukan sahaja dilihat satu bentuk penghinaan, tetapi boleh merosakkan hubungan baik yang telah lama terjalin antara dua negara, katanya.

Hamid berkata demikian dalam sidang akhbar khas mengenai penghinaan Dr. Mahathir terhadap etnik Bugis di Kuala Lumpur semalam ini. 

Mengulas lanjut, Hamid menyatakan Dr.Mahathir adalah pemimpin yang tidak rela melepaskan kuasa atau jawatan yang pernah disandangnya sebelum ini sehingga sanggup menghina etnik Bugis demi kepentingan politik beliau.

 Beliau mungkin mengalami sindrom ‘post power’ kerana tindakannya juga dapat dilihat selepas menyelar beberapa pemimpin serta penggantinya termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan barisan pemimpin terkini, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebagai veteran, Dr. Mahathir sepatutnya perlu mempunyai sensitiviti dan adab serta tidak bersikap seperti kebudak-budakan yang boleh menjatuhkan kredibiliti beliau sebelum ini, ujar Hamid lagi.

Sebelum ini Dr. Mahathir yang juga Pengerusi PPBM diselar oleh Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla dan pemimpin Bugis di negara itu kerana menyifatkan etnik itu berasal keturunan lanun. 

Selain itu masyarakat keturunan Bugis di Malaysia juga membuat aduan polis dan meminta Dr. Mahathir memohon maaf.

Beliau juga ditegur oleh Sultan Selangor dan Sultan Johor kerana perbuatan itu boleh memecahkan keharmonian masyarakat di negara ini.

Dr. Mahathir sebelum ini menafikan beliau melontarkan istilah lanun Bugis kepada masyarakat tersebut sebaliknya ucapannya itu ditujukan kepada Perdana Menteri yang juga berasal daripada pahlawan Bugis. - Kedahnews.com



No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com