Arkitek Ini Minum 20 Liter Air Sehari Kerana Cepat Haus, Kerap Buang Air Kecil


BERLIN – Seorang arkitek dari Bielefeld, Jerman terpaksa minum 20 liter air sehari untuk mengelakkan masalah dehidrasi kronik akibat penyakit metobalisma yang dihidapinya.

Menurut portal berita Oddity Central, Marc Wubbenhorst, menghidap penyakit metobalisma yang jarang berlaku dikenali sebagai diabetes insipedus yang menye­babkan dia cepat haus dan kerap membuang air kecil.

Jika tidak minum segelas air dalam tempoh sejam, Wubbenhorst akan mula mengalami simptom dehidrasi teruk sama seperti orang yang kekurangan air selama 3 hari.

“Setiap hari hidup saya bermula dengan minum sebotol besar air namun itu tidak dapat bertahan lama. Sejurus selepas membuang air kecil, saya akan me­ngalami dihdrasi semula.

“Keadaan lebih sukar pada waktu malam dan seumur hidup saya tidak pernah tidur lebih dari­pada 2 jam kerana perlu bangun untuk minum air atau ke tandas,” jelasnya.

Lelaki berusia 35 tahun itu juga mengakui terpaksa ke tandas membuang air kecil hampir 50 kali sehari dan tidak pernah berjalan jauh atau melancong ke luar negara tanpa bekalan air yang banyak akibat penyakit yang dideritai sejak kecil itu.

“Pernah satu ketika nyawa saya hampir melayang kerana tren yang saya naiki untuk pulang dari tempat kerja rosak selama beberapa jam dan kesemua bekalan air saya habis ketika itu.

“Mujur ada rakan sekerja yang tahu tentang keadaan saya kebetulan menaiki tren sama datang dan pantas menyelamatkan saya,” katanya.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com