Angkasawan ISS Anjur Pesta Piza Terbang


BUAT pertama kalinya para angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) mengadakan pesta piza.

Video yang dirakamkan di dalam ISS mendapat komen yang agak tinggi di media sosial.

Menerusi visual yang dimuat naik itu, kelihatan enam angkasawan sedang menikmati hidangan piza, roti bakar serta pasta.

Mereka seolah-olah sedang mengadakan sebuah parti.

Dengan ruang udara tanpa graviti, mereka nampak seronok dan menggelarkan piza yang dihidang itu "piring terbang yang boleh dimakan".

Suasana sebegini adalah pertama kali berlaku di dalam ISS.


Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com