40 Kanak-Kanak Di Sungai Petani Berkhatan Diarak Naiki Lori


ALOR SETAR – Seramai 40 kanak-kanak berusia antara lima hingga sembilan tahun diarak mengelilingi kampung menaiki lori hampir sejam sebelum dikhatankan beramai-ramai di pekarangan Masjid Kampung Bukit Kecik, Sungai Petani, baru-baru ini.

Menurut Penghulu Mukim Simpor, Mohd. Fazaidi Saidin berkata, pihaknya memilih untuk me­ngadakan acara berarak menaiki lori itu bagi mengurangkan rasa gementar dalam kalangan peserta program berkhatan beramai-ramai berkenaan.

“Ini pertama kali, kita menggunakan lori bagi membawa kanak-kanak mengelilingi kampung sebelum bermandi beramai-ramai bagi berkhatan. De­ngan adanya acara ini, terpancar kegembiraan dalam kalangan peserta,” katanya yang dipetik Utusan Online.

Jelasnya, berarak menaiki lori telah berjaya menarik minat kira-kira 1,000 penduduk setempat menyaksikan acara tersebut yang mana secara tidak langsung memberi sokongan kepada program terbabit.

Tambahnya, penganjuran program berkenaan turut mendapat kerjasama unit farmasi Hospital Sungai Petani, Klinik Kesihatan Bakar Arang, Unit Derma Darah Hospital Yan dan Urut Tradi­sional Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar. -Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com