4 Medan Selera Di Langkawi Terbakar


ALOR SETAR - Empat medan selera di hadapan Kompleks Haji Ismail Group, Kuah, Langkawi musnah dalam kebakaran malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 8.38 malam dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi tiba di lokasi kejadian tiga minit kemudian.

Ujar beliau, anggota dari BBP Putra turut membantu memadamkan kebakaran. 


"Sebaik tiba kita mendapati api sedang marak sebelum usaha memadamkan kebakaran dijalankan menggunakan dua aliran dan empat pancutan.

"Api berjaya dikawal 8.45 malam dan kerja pemadaman api secara keseluruhan sedang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan media.   

Jelas Mohamad Mustakim, kedai pertama musnah 30 peratus, kedua 80 peratus, ketiga 30 peratus dan  keempat 10 peratus.

"Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya seperti dilaporkan BH Online. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com