21 Maut Nahas Jalan Raya Di Zimbabwe


HARARE - ZIMBABWE. Seramai 21 orang maut, manakala 48 yang lain cedera dalam nahas jalan raya di Tsholotsho, barat laut Harare, ibu kota Zimbabwe pada Sabtu, lapor agensi berita Xinhua, memetik akhbar Herald pada Isnin.

Berikutan itu, Presiden Emmerson Mnangagwa mengisytiharkan nahas berkenaan sebagai bencana nasional.

"Nahas berlaku selepas pemandu trak yang dalam perjalanan ke Tsholotsho dengan 69 penumpang, gagal mengawal kenderaan, mengakibatkan trak dipandunya terbalik beberapa kali," lapor akhbar itu memetik jurucakap polis, Paul Nyathi.

Beliau berkata, pemandu berusia 28 tahun itu, merupakan antara mangsa yang cedera. Kebanyakan mangsa maut ialah pekerja yang sedang bertugas di bawah program kawalan malaria Kementerian Kesihatan.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com