Wanita UMNO Kedah Sudah Temui 83 Peratus Pengundi - Sharifah Maznah


ALOR SETAR -Pergerakan Wanita UMNO Kedah telah menemui 83 peratus pengundi seluruh negeri, sekaligus sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU14) yang dijangka akan diadakan bila-bila masa tahun depan.

Ketuanya,Datuk Sharifah Maznah Syed Kassim berkata, pergerakan itu akan terus menemui pengundi terutama yang berada di atas pagar untuk menjelaskan perlunya Nasional Barisan dan UMNO dipertahankan dan menolak pembangkang dalam menerajui negara.

"Dalam pertemuan dengan pengundi itu juga kita jelaskan isu-isu semasa dan menangkis serangan pembangkang terhadap pucuk pimpinankerajaan " kata Sharifah Maznah kepada Kedahnews di majlis sarapan pagi anjuran  UMNO cawangan Taman Saga, Alor Mengkudu di sini semalam. 

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO bahagian Alor Setar menjelaskan, pendekatan wanita cukup mudah iaitu menemui penduduk dan bertanya khabar serta mendampingi mereka sepanjang masa selain membantu sekadar yang mampu menerusi beberapa program termasuk jelajah skuad sayang Wanita UMNO bahagian.

"Kami dalam Wanita UMNO tidak banyak politiking, tetapi lebih kepada kerja-kerja kebajikan untuk membantu rakyat, "kata Sharifah Maznah yang yakin dengan kerja-kerja baik itu kerajaan BN akan terus diberi kepercayaan untuk mentadbir dan mengurus negara.

Beliau bagaimanapun tidak menfikan peranan pihak pembangkang, tetapi bagi Wanita UMNO selaku barisan depan parti  sedia menghadapi serangan mereka setiap kali PRU.

Dalam perkembangan yang sama, kata Sharifah Maznah lagi, Wanita dan Puteri serta Pemuda UMNO akan berganding bahu dalam menghadapi PRU ini dan menyifatkan dua sayap itu sebagai 'adik' 

Sementara itu Maznah menyatakan Ketua Wanita bahagian Jerai, Normah Awang dipilih sebagai jurucakap Wanita UMNO Kedah pada Perhimpunan Agung UMNO bulan depan.

Beliau akan bercakap tentang hal politik kerana PRU ini amat penting bagi UMNO yang sedang berdepan dengan pelbagai isu dan cabaran, kata Sharifah Maznah. - Kedahnews.com.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com